Sekiranya berat masalah yang menimpa kita, lihat kepada diri dan kehidupan kita. Kita sering kali melihat apa yang kita tiada, sehingga terlupa mensyukuri apa yang kita ada. Ingat, orang yang bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan mencari solusi kepada permasalahan. Manakala, orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadikan masalah sebagai penghalang untuk berubah.


Maafkan semua orang, halalkan segalanya , lupakan semua kebaikan kita kepda orang. Ingat semua kebaikan orang kepada kita , lupakan kejahatan orang kepada kita, dan ingat kesalahan kita kepada orang. Ini formula untuk hidup tenang dan sihat mental serta fizikal.